Jemputan Berbuka Puasa / Raya

Sempena Bulan Ramadhan yang semakin hampir kami mengalu-alukan orang-orang persendirian dan badan-badan korporat untuk menganjurkan Majlis Berbuka Puasa/ Raya bersama pihak anak-anak yatim dan asnaf zakat di RABEKA.

Untuk lebih lanjut sila klik HUBUNGI

Hadis

Menurut hadis Sahih Muslim, Rasulullah s.a.w turut bersabda: Orang yang memelihara anak yatim maka (aku) Nabi dan Dia seperti dua jari di syurga. Nabi bersabda sambil menunjukkan dua jarinya iaitu jari telunjuk dan tengah.

Hadis di atas, jelas membuktikan sesungguhnya Allah s.w.t telah menjanjikan ganjaran syurga kepada umatnya yang memelihara dan memberi perlindungan kepada anak-anak yatim.

Sumbangan

RABEKA mengalu-alukan dan menerima sebarang bentuk bantuan untuk anak-anak di asrama ini, dan juga untuk di agihkan atau dikongsi dengan golongan yang di dalam kesusahan serta perlukan bantuan segera contohnya: ibu tunggal, asrama tahfiz, sekolah agama, rumah anak yatim lain yang kekurangan bekalan dan mereka-yang termasuk di dalam kategori asnaf yang layak menerima zakat.

Cara-cara untuk menderma melalui SMS.

Nilai -  derma2=RM2, derma3=RM3, derma5=RM5

Cth: derma2<jarak>rabeka dan hantar ke 39118

 

Untuk lebih lanjut sila klik SUMBANGAN

 

Pengumuman

Jun 11th, 2008 by Admin

Pihak RABEKA sangat memerlukan dana sebagai deposit sebuah van panjang (kia pregio) untuk memenuhi keperluan pengangkutan anak-anak ke sekolah kebangsaan dan sekolah agama serta program-program. Van yang sedia ada terlalu uzur dan sentiasa rosak. Pihak RABEKA juga amat mengalu-alukan sumbangan sama ada berbentuk wang ringgit/ harta benda bagi memenuhi keperluan untuk Asrama Putera dan Asrama Puteri.

Cara-cara untuk menderma melalui SMS.

Nilai -  derma2=RM2, derma3=RM3, derma5=RM5

Cth: derma2<jarak>rabeka dan hantar ke 39118

Untuk lebih lanjut sila klik SUMBANGAN

 

Pengenalan

July 16th, 2007 by Admin

Rumah Amal Belaian Kasih ( RABEKA ) merupakan sebuah rumah amal bagi mengurus serta mengendali segala keperluan kebajikan anak - anak yatim, fakir, miskin, serta asnaf-asnaf zakat ( 8 golongan yang layak menerima zakat ). Rumah Amal Belaian Kasih ( RABEKA ) sedang menguruskan segala keperluan kebajikan anak - anak ini di segenap aspek kehidupan mereka mengikut keperluan yang sewajarnya sepertimana anak – anak yang lain seperti makan – minum, pakaian, keperluan harian, keperluan persekolahan termasuk wang poket mereka dsbnya.

Rumah Amal Belaian Kasih ini juga bukan sahaja memenuhi keperluan lahiriah anak - anak ini bahkan menitik beratkan soal keperluan insaniah mereka dalam erti kata lain menekankan soal pendidikan mereka sekaligus dapat membimbing, membentuk lahiriah & insaniah mereka ke arah perkembangan fitrah semula jadi dan potensi anak - anak ini secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang yang berteras dan berlandaskan kepada Al Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W.

Dengan kaedah ini, Insya Allah ianya akan dapat mengimbangi perkembangan anak – anak ini baik dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani ke arah bukan sahaja mengharapkan kasih sayang manusia semata –mata bahkan berusaha untuk mendapatkan kasih sayang Tuhan dengan mengetahui bukan sahaja ( di segi ilmunya ) bahkan kenal dan cinta kepada Allah, menjadikan Tuhan sebagai matlamat hidupnya, kenal dan kasih kepada Rasul-Nya serta dapat melahirkan seorang pelajar yang berilmu dan berakhlak mulia, kukuh dalam nilai-nilai Islam bagi menjadi muslim muttaqi serta mendapat keredhaan Allah S.W.T.

 

Berita Semasa

February 11th, 2008 by Admin

Lawatan & Jamuan Oleh Staf-staf MARDEC ( Di Asrama Rabeka) 19/01/08

Gambar Seterusnya

Suasana Pengajian Di Bangunan Baru Sek. Ren. Islam E'Tajdid 09/01/08

Gambar Seterusnya