Jemputan Berbuka Puasa / Raya

Sempena Bulan Ramadhan yang semakin hampir kami mengalu-alukan orang-orang persendirian dan badan-badan korporat mengadakan Majlis Berbuka Puasa/ Raya bersama pihak RABEKA.

Untuk lebih lanjut sila klik HUBUNGI

Hadis

Menurut hadis Sahih Muslim, Rasulullah s.a.w turut bersabda: Orang yang memelihara anak yatim maka (aku) Nabi dan Dia seperti dua jari di syurga. Nabi bersabda sambil menunjukkan dua jarinya iaitu jari telunjuk dan tengah.

Hadis di atas, jelas membuktikan sesungguhnya Allah s.w.t telah menjanjikan ganjaran syurga kepada umatnya yang memelihara dan memberi perlindungan kepada anak-anak yatim.

Sumbangan

RABEKA mengalu-alukan dan menerima sebarang bentuk bantuan untuk anak-anak di asrama ini, dan juga untuk di agihkan atau dikongsi dengan golongan yang di dalam kesusahan serta perlukan bantuan segera contohnya: ibu tunggal, asrama tahfiz, sekolah agama, rumah anak yatim lain yang kekurangan bekalan dan mereka-yang termasuk di dlam kategori asnaf yang layak menerima zakat.

Cara-cara untuk menderma melalui SMS.

Nilai -  derma2=RM2, derma3=RM3, derma5=RM5

Cth: derma2<jarak>rabeka dan hantar ke 39118

 

Untuk lebih lanjut sila klik SUMBANGAN

 

Konsep Penubuhan

July 16th, 2007 by Admin

Firman Allah:

“ Ambillah ( sebahagian ) daripada harta mereka untuk dijadikan sedekah ( zakat ) supaya dengannya kamu dapat membersih dan mensucikan diri mereka ( dari dosa ) “

Sabda Rasulullah SAW.:

“ Beritahu kepada mereka bahawa Allah telah memfardhukan zakat ke atas mereka di ambil daripada orang kaya mereka dan diserahkan kepada fakir miskin mereka “.

“ Jagalah harta kekayaanmu dengan mengeluarkan zakat, ubatilah orang -orang sakit dengan bersedeqah dan hadapilah berbagai bala itu dengan doa “

Mengurus dan mengendalikan keperluan kebajikan anak-anak yatim, fakir, miskin serta asnaf – asnaf zakat ( 8 golongan yang layak menerima zakat ) ertinya memelihara bukan sahaja dari segi keperluan hidup semata-mata bahkan mendidik mereka ke arah kesempurnaan insaniah. ( fizikal, mental dan spiritual ).

Ia juga memerlukan satu proses bersepadu agar anak - anak ini dapat “Mencintai Tuhan, membesarkan Tuhan, mengagungkan Tuhan dan memperkenalkan Tuhan ” melalui bimbingan guru / pengasuh yang menjadi role model.

Proses ini dilaksanakan dengan mengambil kira fitrah semula jadi anak -anak yang masih suci, pendekatan yang sesuai bagi setiap peringkat umur mereka, membina potensi diri setiap anak-anak, merawat sebarang kecacatan emosi dengan pendekatan yang profesional dan menjadikan kasih sayang asas dalam proses mendidik agar mereka merasakan bahawa kehadiran mereka masih dihargai dan diberi kasih sayang yang sama dengan anak-anak sebaya mereka..