Jemputan Berbuka Puasa / Raya

Sempena Bulan Ramadhan yang semakin hampir kami mengalu-alukan orang-orang persendirian dan badan-badan korporat mengadakan Majlis Berbuka Puasa/ Raya bersama pihak RABEKA.

Untuk lebih lanjut sila klik HUBUNGI

Hadis

Menurut hadis Sahih Muslim, Rasulullah s.a.w turut bersabda: Orang yang memelihara anak yatim maka (aku) Nabi dan Dia seperti dua jari di syurga. Nabi bersabda sambil menunjukkan dua jarinya iaitu jari telunjuk dan tengah.

Hadis di atas, jelas membuktikan sesungguhnya Allah s.w.t telah menjanjikan ganjaran syurga kepada umatnya yang memelihara dan memberi perlindungan kepada anak-anak yatim.

Sumbangan

RABEKA mengalu-alukan dan menerima sebarang bentuk bantuan untuk anak-anak di asrama ini, dan juga untuk di agihkan atau dikongsi dengan golongan yang di dalam kesusahan serta perlukan bantuan segera contohnya: ibu tunggal, asrama tahfiz, sekolah agama, rumah anak yatim lain yang kekurangan bekalan dan mereka-yang termasuk di dlam kategori asnaf yang layak menerima zakat.

Cara-cara untuk menderma melalui SMS.

Nilai -  derma2=RM2, derma3=RM3, derma5=RM5

Cth: derma2<jarak>rabeka dan hantar ke 39118

 

Untuk lebih lanjut sila klik SUMBANGAN

 

Latar Belakang

July 16th, 2007 by Admin

Rumah Amal Belaian Kasih ( RABEKA ) telah ditubuhkan pada 20hb . Januari 2007 bersamaan 1 Muharram 1428H. Ianya ditubuhkan atas keprihatinan pemilik rumah amal ini yang sebelum ini telah membangunkan sebuah Sekolah Rendah Agama di Taman Ukay Perdana. Atas dasar kesedaran & keprihatinan terhadap nasib anak-anak golongan asnaf inilah maka pemilik rumah amal ini atas sokongan padu beberapa individu yang prihatin untuk sama-sama membela nasib anak-anak yatim, fakir, miskin serta asnaf-asnaf zakat ini.

Pemilik yang juga selaku Pengerusi kepada Sek Ren Agama ( SRI E’ Tajdid ) dan Rumah Amal Belaian Kasih ini ( RABEKA ) telah mengambil keputusan untuk membangunkan sebuah rumah amal yang akan digabungkan dengan pendidikan secara formal selaras dalam usaha untuk memenuhi bukan sahaja keperluan lahiriah bahkan keperluan insaniah terutama dalam soal pendidikan anak-anak ini.

Rumah Amal Belaian Kasih kini sedang mengurus & mengendalikan sebuah rumah amal dengan menanggung segala keperluan serta kebajikan seramai 15 orang anak - anak yatim, fakir, miskin ( sebagai permulaannya ) serta menguruskan segala keperluan kebajikan asnaf - asnaf zakat ( 8 golongan-golongan yang layak menerima zakat ).

Rumah amal ini telah memulakan operasi awalnya di alamat :

No.16-3B, Jalan UP 1/5, Taman Ukay Perdana, 68000 Ampang, Selangor D .E ( sementara )

No. 26-1A, Jalan UP 1/5, Taman Ukay Perdana, 68000 Ampang, Selangor D.E ( Pejabat SRI E’ Tajdid & RABEKA )

Alamat Terkini:

PEJABAT SEKOLAH
No. 22/G, Jalan UP 1/7, Taman Ukay Perdana, 68000 AMPANG, Selangor Darul Ehsan

ASRAMA PUTERA
No. 41, Jalan UP 5/4, Taman Ukay Perdana, 68000 AMPANG, Selangor Darul Ehsan

ASRAMA PUTERI
No. 23, Jalan UP 5/3, Taman Ukay Perdana, 68000 AMPANG, Selangor Darul Ehsan

Rumah ini adalah buat sementara waktu memandang ianya merupakan sebuah rumah kedai dan tidak sesuai dan selesa untuk dijadikan sebuah penempatan berbentuk asrama ( kerana mempunyai banyak aktiviti-aktiviti harian ).

Pihak kami bercadang untuk mengambil sebuah rumah teres dua tingkat lot tepi ( mengikut syarat JKM ) yang agak sesuai bagi persediaan untuk memenuhi keperluan sekaligus mengikut kurikulum/syarat yang telah digariskan oleh pihak berwajib.