Jemputan Berbuka Puasa / Raya
Sempena Bulan Ramadhan yang semakin hampir kami mengalu-alukan orang-orang persendirian dan badan-badan korporat mengadakan Majlis Berbuka Puasa/ Raya bersama pihak RABEKA.
Untuk lebih lanjut sila klik HUBUNGI
Hadis
Menurut hadis Sahih Muslim, Rasulullah s.a.w turut bersabda: Orang yang memelihara anak yatim maka (aku) Nabi dan Dia seperti dua jari di syurga. Nabi bersabda sambil menunjukkan dua jarinya iaitu jari telunjuk dan tengah.
Hadis di atas, jelas membuktikan sesungguhnya Allah s.w.t telah menjanjikan ganjaran syurga kepada umatnya yang memelihara dan memberi perlindungan kepada anak-anak yatim.
Sumbangan
RABEKA mengalu-alukan dan menerima sebarang bentuk bantuan untuk anak-anak di asrama ini, dan juga untuk di agihkan atau dikongsi dengan golongan yang di dalam kesusahan serta perlukan bantuan segera contohnya: ibu tunggal, asrama tahfiz, sekolah agama, rumah anak yatim lain yang kekurangan bekalan dan mereka-yang termasuk di dlam kategori asnaf yang layak menerima zakat.
Cara-cara untuk menderma melalui SMS.
Nilai - derma2=RM2, derma3=RM3, derma5=RM5
Cth: derma2<jarak>rabeka dan hantar ke 39118
Untuk lebih lanjut sila klik SUMBANGAN
Matlamat
July 16th, 2007 by Admin
a. Mengasuh dan memberikan didikan awal pada anak - anak sesuai dengan tuntutan syariat :
“ Awal - awal agama mengenal Allah “.
b. Syariat dijadikan kayu ukur yang utama dalam setiap urusan kehidupan.
c. Menanamkan iman , menyemaikan kasih sayang dan memberikan kefahaman tentang penghayatan Islam kepada anak – anak.
d. Mendorong anak – anak supaya tolong menolong , berkasih sayang dan bertimbang rasa dalam menjalani kehidupan bermasyarakat mengikut peradaban yang telah ditentu dan digariskan oleh syariat.
e. Membantu anak - anak menimba ilmu agama sebanyak yang mungkin bagi dijadikan bekalan diri dalam mengharungi kehidupan yang penuh dengan ujian dan rintangan ini.
f. Mendorong anak – anak ini supaya pandai menghargai kasih sayang yang diberikan agar dapat diaplikasikan terhadap sesama mereka hingga dengan itu dapat membentuk dikalangan mereka satu masyarakat kecil yang hidup dalam suasana berkasih sayang.
g. Mendedahkan anak – anak kepada satu kaedah pendidikan yang mengabungkan ilmu & pendidikan sekaligus tanpa memisahkan kedua-duanya.
h. Mendidik & mengasuh anak – anak agar berjiwa besar yakni mempunyai keyakinan diri ( yang ditunjangi oleh Iman ) agar dapat mengimbangi diri dalam mengharungi kehidupan yang penuh pancaroba ini.
i. Kreatif & produktif dalam usaha melayakkan diri untuk membantu merealisasikan masyarakat hadhari di dalam kehidupan yang sebenarnya.
j. Mendidik dan mengasuh anak – anak dalam menyediakan diri dengan ilmu, akhlak serta peradaban dalam menyahut seruan negara ke arah mencapai matlamat wawasan 2020.